Home > Bahasa Melayu
Perlu Letak 'Sutrah' Depan Tempat Solat
Perlu letak 'sutrah' depan tempat solat ANTARA yang hadir pada Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi dan Majlis Ilmu sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta dan Ma PEMANGKU Ra'es, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Adanan bin Haji Basar menyampaikan ceramah 'Kaifiat sebelum Mendirikan Solat' pada majlis tersebut. PENYAMPAIAN Wakaf Ilmu dan Lembaran Kenangan Jubli Emas Kebawah DYMM Menaiki Takhta kepada wakil MPWHMKS, Sekolah Rendah Pehin Dato Jamil Kampung Setia dan Sekolah Ugama Begawan Pehin Udana Khatib Awang Haji Umar Kampung Setia yang disampaikan oleh Ketua ANTARA yang hadir pada Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi dan Majlis Ilmu sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta dan Ma
April 16th, 2018 | 10:25 AM |
58 views
MUKIM SUNGAI KEBUN
Kita perlu meletakkan 'sutrah' depan tempat solat sebelum bersolat.
Perkara lain dalam solat, antaranya berdiri tegak bagi yang mampu dengan jarak kaki sejangkal, kedudukan kaki dan badan, memasang niat dan 'takbiratulihram', mendakap tangan ketika berdiri, rukuk, bacaan ketika rukuk, cara memulakan sujud dan cara sujud, iaitu kaki dan hujung jari semasa sujud, mengangkat jari telunjuk semasa sujud, kaedah cara membaca salam dan sebagainya.
Pemangku Ra'es, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Adanan bin Haji Basar mengingatkan perkara itu dalam ceramahnya 'Kaifiat sebelum Mendirikan Solat' pada Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi dan Majlis Ilmu sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta dan Majlis Bertahlil dan Doa Arwah bertempat di Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad Kampung Setia (MPWHMKS), di sini.
Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil khusus bagi Allahyarham Mantan Ketua Kampung Setia dan Mukim Sungai Kebun, Pateh Dato Paduka Haji Masri bin Ismail, Allahyarham dan Allahyarhamah keluarga purih Kampung Rangau dan Kampung Setia yang kembali ke rahmatullah dari bulan September 2017 hingga Mac 2018 serta yang terdahulu kembali ke rahmatullah secara umumnya, dikepalai oleh Pemangku Ketua Kampung Setia 'B', Awang Shahminan bin Haji Matzin. Manakala Doa Arwah dibacakan oleh SK90 Awang Haji Zul-hilmi bin Haji Lakat.
Kemudian diikuti dengan Penyampaian Wakaf Ilmu dan Lembaran Kenangan Jubli Emas Kebawah DYMM Menaiki Takhta kepada wakil MPWHMKS, Sekolah Rendah Pehin Dato Jamil Kampung Setia dan Sekolah Ugama Begawan Pehin Udana Khatib Awang Haji Umar Kampung Setia yang disampaikan oleh Ketua Kampung Setia 'A', Awang Haji Asli bin Haji Mamut.
Acara diungkayahkan oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) Setia 'A', MPK Setia 'B' dan Takmir Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad Kampung Setia, Mukim Sungai Kebun dan Saudara Ku (SK) Kampung Setia.
Juga hadir ialah Ketua Kampung Sungai Kebun, Awang Haji Marali bin Haji Matzin serta penduduk sekitarnya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at pr@brudirect.com